question
stringlengths
67
868
answer
stringclasses
4 values
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. Hasil eksperimen itu akan __________ dalam kumpulan masing-masing terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada beliau. A. diumumkan B. dinyatakan C. dibahaskan D. dibincangkan
D
Isi tempat kosong dengan kata ganda yang sesuai. Pak Chee suka makan sup __________ ikan. A. bebola B. jejari C. dedaun D. kekabu
A
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Sikap Carrie yang menganiaya Connie yang telah membantunya diibaratkan sebagai __________ A. bagai kumbang putus tali B. seperti cincin dengan permata C. bagai kelip-kelip terbang malam D. bagai melepaskan anjing tersepit
D
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. Beburung berterbangan di sawah pada musim padi __________. A. menuai B. menguning C. menghijau D. membajak
B
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. Pekerja-pekerja kontrak itu bergegas pulang __________ rumah masing-masing setelah selesai bekerja. A. di B. ke C. dari D. kepada
B
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. Kejayaan kita dalam pelajaran bergantung __________ daya usaha kita sendiri. A. oleh B. pada C. kepada D. daripada
C
Pilih penjodoh bilangan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat berikut. Tiap-tiap orang yang menyertai aktiviti gotong-royong itu membawa __________ penggali dan beberapa __________ dawai. A. sebatang, gelung B. sebuah, gelung C. sekerat, lembar D. sebilah, utas
A
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Ziana __________ sehingga sanggup menghalau ibunya dari rumah. A. hidung belang B. buta hati C. telinga kuali D. buta huruf
B
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Budak kecil ini __________ menjadi pemimpin negara yang disegani suatu hari nanti. A. buah fikiran B. ada bakat C. gerak hati D. ada angin
B
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. Laksamana Hang Tuah __________ perut pahlawan Majapahit itu dengan sebilah keris. A. menjolok B. mencocok C. mencucuk D. merodok
D
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah. Disebabkan Robert selalu menipu __________ dia tidak disenangi oleh rakan-rakannya. A. sedangkan B. kemudian C. seraya D. maka
D
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. "Kamu __________ pada gadis yang baru pindah ke kampung kita itu?" A. makan hati B. bulat hati C. hati batu D. ada hati
D
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. Setelah menanak nasi, ibu __________ ikan senangin untuk dimasak kari. A. menghiris B. menyiang C. mencincang D. menyiat
B
Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai. Bangunan yang __________ itu akan dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Shah Alam kerana boleh membahayakan keselamatan orang ramai. A. baru B. antik C. retak D. runtuh
C
Isikan tempat kosong dengan kata bantu yang sesuai. Elina __________ gagal dalam peperiksaan SPM kerana itulah dia tekun belajar sekarang. A. masih belum B. belum pernah C. sudah pernah D. masih sedang
C
Berikan perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan yang diberikan. Siew Lan menjaga anak tunggalnya dengan penuh kasih sayang. A. bagai menatang minyak yang penuh B. bagai mentimun dengan durian C. bagai melukut di tepi gantang D. bagai langau di ekor gajah
A
Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai. Samad menjolok buah mangga itu dengan menggunakan sebatang galah yang __________ A. tinggi B. besar C. kontot D. panjang
D
Isikan tempat kosong dengan kata bantu yang sesuai. Puan Marina __________ meninggalkan rumah ketika telefon berdering. A. akan dapat B. masih mahu C. sudah dapat D. sedang hendak
D
Pilih penjodoh bilangan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat berikut. Ayah membeli lima __________ nasi lemak. A. bungkus B. ulas C. buah D. ketul
A
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Sikap Markiah yang suka __________ urusan orang lain tidak disenangi oleh jiran-jirannya. A. campur tangan B. ambil angin C. ganti tikar D. batu api
A
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. __________ kelapa yang berkaparan di tepi pantai itu telah dikutip oleh Pak Abu. A. Akar B. Pelepah C. Batang D. santan
B
Berikan perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan yang diberikan. Murid-murid itu bersungguh-sungguh mengusahakan taman sains di sekolah mereka. A. seperti anak ayam kehilangan ibu B. seperti anai-anai makan kayu C. seperti anjing dengan kucing D. seperti api di dalam sekam
B
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Emak bukan sengaja memukul atau memarahi kamu, tapi sekadar mendidik __________ A. seperti ayam mematuk anaknya B. seperti bulan dengan matahari C. seperti bulan dipagari bintang D. seperti bertih goreng
A
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. "__________, atas sikap berani kamu menewaskan pembahas dari MRSM!" kata Cikgu Lokman kepada Amirul. A. Wah B. Aduh C. Syabas D. Aduhai
C
Pilih penjodoh bilangan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat berikut. Di belakang rumah Sarimah ada __________ sungai dan se __________ buluh. A. sebuah, sepohon B. sebatang, serumpun C. sebidang, sejambak D. sejalur, sebatang
B
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah. __________ ibu bapanya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya, Mariam tidak seriang dahulu lagi. A. Semenjak B. Apabila C. Ketika D. Maka
A
Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai. Lalu-lintas di situ kembali __________ setelah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu dialih ke tepi. A. tegang B. gelap C. pulih D. pilu
C
Pilih penanda wacana yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah. Alia mendapati dompetnya hilang. __________ dompetnya tercicir atau tersalah letak. A. Justeru B. Mungkin C. Akhirnya D. Kemudian
B
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Puan Nancy sentiasa memastikan agar anak dan suaminya tidak keluar rumah dengan __________. A. perut kosong B. buah tangan C. beri muka D. gerak hati
A
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. Asrul __________ tetikus untuk mencari laman web Cikgu Net ketika __________ internet di kafe siber petang semalam. A. mengalihkan, memasuki B. memusingkan, membuka C. menggerakkan, melayari D. menolak, membaca
C
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. Hafis Hashim mempamerkan permainan yang menarik __________ awal hingga akhir permainan. A. ke B. dari C. kepada D. daripada
B
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. "Sebagai calon UPSR tahun ini, __________ perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memperoleh 6A dalam UPSR," ujar Cikgu Masyitah kepada Tasnim. A. awak B. kalian C. beliau D. engkau
B
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Lelaki yang __________ itu sering mengganggu dan memerhatikan gerak-geri bekas isterinya. A. gila-gila bahasa B. gila bayang C. buah hati D. jatuh hati
B
Isi tempat kosong dengan kata ganda yang sesuai. Encik Bala berjalan __________ di hadapan bilik bersalin ketika menanti kelahiran anak sulungnya. A. ulang-alik B. lintang-pukang C. mundar-mandir D. kelam-kabut
C
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. Mulut adik __________ semasa mendengar cerita yang disampaikan oleh nenek. A. tertutup B. tersengih C. terlopong D. terkatup
C
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah. Encik Lim menebas semak-samun __________ isterinya menyapu sampah. A. apabila B. manakala C. walaupun D. sedangkan
B
Isikan tempat kosong dengan kata bantu yang sesuai. Walaupun terpisah jauh, Salina dan Mariam __________ berhubung. A. akan B. perlu C. masih D. harus
C
Isikan tempat kosong dengan kata bantu yang sesuai. Saya __________ menuntut di Universiti Putra Malaysia enam tahun yang lalu. A. mahu B. masih C. pernah D. sedang
C
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Setelah beroperasi selama 20 tahun, syarikat itu terpaksa __________ kerana tindakan pekerja yang tidak bertanggungjawab. A. gulung tikar B. angkat kaki C. curi tulang D. cuci perut
A
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. __________, di sini rupanya kunci rumah saya yang tertinggal! A. Oh B. Ah C. Hai D. Aduh
A
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. __________, ambilah buku cerita yang kamu mahu! A. Amboi B. Hai C. Nah D. Eh
C
Pilih penanda wacana yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah. __________ membeli kereta, memiliki basikal __________ dia tidak mampu. A. Baik, pun B. Jangankan, pun C. Walaupun, bahkan D. Walaupun, namun
B
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan peribahasa yang paling sesuai. Tan Lean Keong tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap __________ . A. anak buah B. anak emas C. anak tunggal D. anak bongsu
C
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. Dengan suara yang __________ Naqib menceritakan pengalamannya berhari raya kepada rakan-rakan sekelasnya. A. gagah B. gaduh C. gugup D. gagap
D
Isikan tempat kosong dengan kata bantu yang sesuai. Peserta-peserta itu __________ mengaku kalah dalam pertandingan itu. A. masih belum B. telah pernah C. mesti mahu D. masih akan
A
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Datuk dan nenek sedang __________ tentang kehidupan mereka pada zaman pendudukan Jepun dahulu. A. bersembang B. berpesan C. berhubung D. berkata
A
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. Peniaga itu __________ keuntungan dengan mengenakan harga jualan yang tinggi kepada pelanggan-pelanggannya. A. meraih B. mencapai C. mengumpul D. mengais
A
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. Persatuan Seni Lukis Sekolah Kebangsaan Seri Langkap akan __________ pameran lukisan. A. melaksanakan B. menjalankan C. mengadakan D. melahirkan
C
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. Para remaja dinasihati supaya tidak terpengaruh __________ budaya barat yang tidak bermoral. A. dengan B. terhadap C. kepada D. Pada
A
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. Mariam __________ anak pohon bunga mawar yang baru __________ nya itu. A. merenjis, diubah B. menjirus, disemai C. menyiram, ditanam D. menyimbah, digubah
C
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan peribahasa yang paling sesuai. Sarasawaji __________ dengan kejayaan rakan karibnya dalam pertandingan bercerita itu. A. makan hati B. jatuh hati C. iri hati D. ambil hati
C
Pilih penjodoh bilangan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat berikut. Hanya __________ penduduk di kawasan itu yang mendapat peluang masuk ke beberapa __________ maktab perguruan. A. segelintir, buah B. segolongan, biji C. sekelompok, deret D. sekumpulan, baris
A
Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai. Dahi adik kelihatan __________ kerana terhantuk pada tiang gol di sekolah. A. bengkok B. bengkak C. botak D. lekuk
B
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. Jabatan Meteorologi __________ bahawa hujan lebat akan melanda kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia. A. memaklumkan B. memberitahu C. meramalkan D. melaporkan
C
Isi tempat kosong dengan kata ganda yang sesuai. Kemalangan sering berlaku di jalan yang __________ itu. A. berkelip-kelip B. berpinar-pinar C. berderet-deret D. berliku-liku
D
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah. Encik Sulaiman berdoa __________ keluarganya sentiasa sihat. A. untuk B. jikalau C. bahawa D. semoga
D
Pilih penjodoh bilangan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat berikut. "Masukkan se __________ garam ke dalam lauk itu," kata Mak Cik Salmah kepada Jamilah. A. cuit B. cubit C. colet D. genggam
B
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. Angin Monsun Timur Laut dijangka akan bertiup kencang __________ bahagian utara. A. ke B. di C. pada D. hingga
C
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Pengurus syarikat itu tidak berpuas hati dengan cara Chee Meng bekerja __________ A. bagai bulan jatuh ke riba B. bagai dakwat dengan kertas C. bagai bulan penuh purnama D. bagai melepaskan batok di tangga
D
Pilih penanda wacana yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah. Jamal mendapat gred 3A 2B dalam Ujian Percubaan UPSR. __________, semangatnya masih kental untuk berusaha. A. Oleh itu B. Kalau begitu C. Oleh sebab itu D. Biarpun demikian
D
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Aziah tidak suka membazir makanan. __________, dia berasal daripada keluarga miskin. A. Selain itu B. Di samping itu C. Namun begitu D. Tambahan pula
D
Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai. __________ sungguh pemandangan hutan di kawasan Air Terjun Kuala Woh itu. A. Indah B. Muram C. Kelam D. Sayup
A
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Aliah tidak suka keluar pada waktu malam kerana dia __________. A. rambang mata B. ringan tulang C. rabun ayam D. putih mata
C
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. Encik Karim __________ kos untuk membaik pulih bangunan lama itu menelan belanja yang tinggi. A. menentukan B. menjumlahkan C. mencongakkan D. menganggarkan
D
Pilih jawapan yang mempunyai sama maksud dengan ayat yang diberikan. Diana menyelesaikan kerja yang diberikan oleh Cikgu Ali dalam masa setengah jam sahaja. A. Semua kerja yang diberikan oleh Cikgu Ali setengah jam yang lepas telah disiapkan oleh Diana. B. Kerja setengah jam itu akan diselesaikan oleh Diana seperti yang diarahkan oleh Cikgu Ali. C. Dalam masa setengah jam, kerja yang diberi oleh Cikgu Ali dapat disiapkan oleh Diana. D. Kerja yang diberi oleh Cikgu Ali telah setengah jam yang lalu disiapkan oleh Diana.
C
Isi tempat kosong dengan kata ganda yang sesuai. Jalur Gemilang kelihatan __________ apabila ditiup angin. A. berbuai-buai B. berkibar-kibar C. bergoyang-goyang D. bergerak-gerak
B
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. "__________ kamu bertemu dengan Irfan, tolong beri kamus ini kepadanya," kata Cikgu Razak kepada Fathonah. A. Selagi B. Sehingga C. Sekiranya D. Semenjak
C
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. Anggota polis trafik akan __________ pemandu yang melanggar undang-undang jalan raya. A. mendenda B. memarahi C. menyaman D. menasihati
C
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. Sebagai pengurus syarikat, Puan Nelly sentiasa __________ pakaian yang kemas dan berjenama untuk __________ imejnya. A. melaram, mengekalkan B. menyarung, melonjakkan C. memakai, menghangatkan D. menampilkan, menaikkan
D
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya belayar ke Majapahit dengan menaiki __________ milik seorang saudagar yang sangat kaya. A. kapal persiaran B. kapal selam C. kapal layar D. kapal kargo
C
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. Kedua-dua orang anak Puan Yati dapat menulis dan membaca __________ lancar walaupun masih kecil. A. bagi B. hingga C. dengan D. kepada
C
Pilih penjodoh bilangan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat berikut. Pak Cik Yusof mempunyai beberapa __________ rumah sewa di Kampung Sungai Kota. A. pintu B. papan C. bidang D. rangkai
A
Pilih penjodoh bilangan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat berikut. Pemuda itu telah menjumpai __________ kunci sewaktu dalam perjalanan ke perhentian bas. A. seutas B. sebilah C. sejambak D. serumpun
C
Pilih jawapan yang mempunyai sama maksud dengan ayat yang diberikan. Hassan yang minum kopi di dalam gelas itu. A. Gelas yang berisi kopi itu diminum oleh Hassan. B. Di dalam gelas itu ada kopi yang diminum oleh Hassan. C. Kopi di dalam gelas itu diminum oleh Hassan. D. Kopi diminum oleh Hassan di dalam gelas itu.
C
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Rajan __________ setelah mengecap kemewahan hidup sehingga tidak mempedulikan keluarganya lagi. A. makan angin B. lupa daratan C. berat tulang D. buruk siku
A
Isikan tempat kosong dengan kata bantu yang sesuai. Khairul __________ menghadiri aktiviti kokurikulum pada petang ini. A. sedang B. masih C. akan D. telah
C
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. Nelayan itu __________ jalanya yang __________. A. menjahit, berlubang B. menganyam, tertembuk C. menyirat, terkoyak D. menekat, tertiris
C
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Wajah pesakit barah itu sentiasa pucat dan tidak bermaya __________ A. bagai ayam berak kapur B. bagai ayam mabuk mati C. bagai aur di atas bukit D. bagai isi dengan kuku
A
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Walaupun hidup sederhana, Nadia __________ dan sering membantu orang miskin dan fakir. A. mulut tempayan B. baik sangka C. murah hati D. pilih kasih
C
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Kamisah sungguh tidak menyangka Cikgu Nor ada __________ dengan suaminya. A. jinak-jinak merpati B. bau-bau kacang C. tulang belakang D. buah hati
B
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan peribahasa yang paling sesuai. __________ budak itu pucat lesi ketika dijumpai terikat di sebuah rumah kosong. A. Air muka B. Ada hati C. Ada harapan D. Air tangan
A
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Najihah rela __________ untuk membeli kereta idamannya itu. A. gerak badan B. banyak akal C. hancur hati D. ikat perut
D
Berikan perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan yang diberikan. Maziah hanya melakukan sesuatu kerja apabila disuruh oleh majikannya. A. bagai panas mengandung hujan B. bagai pelita kehabisan minyak C. bagai sirih pulang ke gagang D. bagai pahat dengan penukul
D
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Sambutan hari keluarga Taman Rakyat akan diadakan beberapa hari __________ A. sudah B. juga C. sahaja D. lagi
C
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang diberikan. Pelajar-pelajar yang aktif dalam kegiatan kokurikulum akan diberi keutamaan untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi tempatan. A. Para penuntut yang maju dalam kegiatan kokurikulum akan diberi peluang untuk meneruskan pelajaran ke universiti di dalam negara. B. Penuntut-penuntut yang cergas dalam kegiatan kokurikulum akan diberi kelebihan untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di dalam negara. C. Murid sekolah yang bersemangat dalam aktiviti kokurikulum akan diberi keistimewaan untuk menjejakkan kaki ke institusi pengajian tinggi awam tempatan. D. Murid sekolah yang berjaya dalam kegiatan kokurikulum akan diberi kelebihan untuk memajukan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di dalam negara.
B
Isikan tempat kosong dengan kata bantu yang sesuai. Semua murid Tahun 6 __________ menduduki peperiksaan UPSR pada bulan September ini. A. akan B. perlu C. belum D. masih
A
Isikan tempat kosong dengan kata bantu yang sesuai. Pasukan sekolah Syafiq __________ menjadi johan dalam perlawanan bola sepak semalam. A. harus B. akan C. telah D. mesti
C
Pilih penanda wacana yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah. Mula-mula basuh beras itu bersih-bersih. __________ sukat air secukupnya. A. Namun B. Oleh itu C. Kemudian D. Dengan demikian
C
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Lauk yang dimasak dengan menggunakan santan akan cepat menjadi __________ sekiranya tidak dimasak dengan betul. A. basi B. tengik C. masam D. hangit
A
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan peribahasa yang paling sesuai. Yoke Lan __________ sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya telah dicerobohi pencuri. A. pekak badak B. lepas tangan C. makan hati D. tidur mati
D
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. __________, besarnya buah oren yang diimport ini! A. Ah B. Cis C. Nah D. Amboi
D
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. Kejadian __________ gas itu telah disedari oleh ibu setelah terhidu bau yang menusuk hidung. A. kebocoran B. ketirisan C. ketumpahan D. kepancitan
A
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah. __________ keluarga Wong tiba, datuknya tiada di rumah. A. Semasa B. Setelah C. Supaya D. Sementara
A
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Saya tidak mahu menegur Shima yang __________ itu kerana dia akan melenting sesuka hatinya. A. berat sebelah B. kepala angin C. ambil angin D. tin kosong
B
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. __________ , cepatnya adik kamu mengira! A. Hai B. Wah C. Aduh D. Aduhai
B
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Sikap Lia yang suka __________ itu menyebabkan Cindy dan Liza bergaduh. A. mencuit hati B. mencuci mata C. mengambil berat D. mengadu domba
D
Isikan tempat kosong dengan kata bantu yang sesuai. Chef Nizam __________ mengangkat kek dari ketuhar. A. sedang B. masih C. telah D. mesti
A
Isikan tempat kosong dengan kata bantu yang sesuai. Suzana __________ ditimpa kemalangan jalan raya semasa pulang dari tempat kerja pada tahun lalu. A. pernah B. sudah C. mesti D. akan
A
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Johan sering terkenangkan akan __________nya yang sudah lama ditinggalkan sejak dia berhijrah ke luar negara. A. kampung halaman B. senyum kambing C. kambing hitam D. lintah darat
A
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Jamal terlalu boros dalam berbelanja dan akibatnya dia terpaksa menanggung hutang yang __________ A. sehelai sepinggang B. keliling pinggang C. dalam tangan D. kusut fikiran
B